Monday 18 November 2013

Rawatan Gastrik Tanpa Dadah dan Pembedahan!!


Gastrik??? Mcm salu dgr kan..tapi paling byk dgr adalah time bulan pose( ni kes nk ponteng pose la tu..hehehe). Tapi sebenarnya kte tau x apa itu gastric dan cara mengubatinya??

Hari ini saya nak share berkaitan penyakit gastik. Jom layannnnnn………


Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?
1. TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
2. Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.

Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?
Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.
 “Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital
 Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.
 Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.
Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Simptom gastrik
Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.
Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

 Apakah antara rawatan gastrik ?
Di antara langkah yang diambil sebagai rawatan gastrik adalah seperti berikut:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Mengamalkan makanan yang sihat seperti aloe vera,aloe vera dipercayai mampu merawat masalah pencernaan dan pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Semua bahan yang terkandung dalamnya bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah aloe vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.Sifatnya yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan.
 Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Dapatkan aloe vera yang asli,dipatenkan dan 99% segar dari pokok!


<< KLIK disini untuk tempahan dan maklumat lanjut>>

No comments:

Post a Comment