Wednesday 6 November 2013

Kanser Payudara Pembunuh No 1 Wanita??? Oh Tidak!!




Apabila berbincang mengenai kanser payudara, sudah tentu setiap wanita berasa gerun dan risau, kerana sebagai seorang wanita, kemungkinan untuk mendapat kanser payudara itu adalah satu kenyataan yang perlu dihadapi. Setiap wanita secara semulajadi sudah mempunyai salah satu faktor risiko untuk mendapat kanser payudara. Maka, adalah amat penting bagi setiap wanita mengetepikan perasaan gerun, malu atau risau tersebut dan mempunyai kesedaran terhadap kanser payudara.

Hampir 3, 500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun!!!

Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. 


Siapakah yang berisiko mendapat kanser payudara?
Wanita mempunyai risiko yang tinggi berbanding lelaki dan terdapat juga faktor-faktor risiko tinggi yang lain seperti peningkatan umur, sejarah keluarga (emak, adik-beradik perempuan, anak perempuan yang menghidap kanser payudara), pernah menghidap kanser payudara sebelum ini atau menghidap ketumbuhan pada payudara yang benigna proliferatif (benign proliferative). Faktor-faktor risiko sederhana termasuklah sejarah haid (datang haid awal & putus haid lewat), sejarah kelahiran (tiada anak atau melahirkan anak pertama pada usia yang lanjut), mengambil estrogen tambahan, menghidap kanser ovari atau rahim dan meminum arak.

Cara Mencegah Kanser Payudara ??
Yang paling penting adalah kesedaran. Mencegah lebih baik dari merawat.










No comments:

Post a Comment