Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?
ü Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
ü Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
ü Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
ü Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
ü Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
ü Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
ü Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
Itu adalah tanda buasir. Buasir??
Masalah buasir pada golongan dewasa adalah perkara biasa,
namun tidak ramai yang sanggup bercerita mengenai masalah pembuangan air besar
dialami disebabkan ia berkaitan dengan bahagian sulit.
Bagaimanapun, apabila ada antara rakan yang sudah
menjalankan rawatan ataupun pembedahan untuk menanganinya barulah ada yang berani
membuka mulut dan mengakui mereka juga turut mengalaminya.
Jangan malu-malu..jangan segan2..jom tgk fakta dibawah!
Apakah Penyakit
Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang
terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia
mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit,
perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi
tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang
atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu
meneran.
Jenis-jenis Buasir
1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia
terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses
meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh
mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah
pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu
mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber
lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2) Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan
gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit
(bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya
menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan
buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur
darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk
ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali
walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang
dahulunya.
Punca Penyakit Buasir
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang
boleh mendapat masalah buasir ialah:
1)
Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah
sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan
buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia
secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran
venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami
oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan
pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya
buasir.
2)
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang
terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama
lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan
berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau
terkeluar.
3) Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat
untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang
venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir.
Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak
keluar.
4)
Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada
saluran venus.
5)
Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda.
Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang
membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya
meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit
tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula
menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan.
Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya
menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang
banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
(Petikan Dari Harian Metro, 30/6/2013)
Bagaimana untuk
mencegah??
- · Senaman
- · Pemakanan yang sihat
Penyelesaian Terbaik!!
ü Meningkatkan imuniti dan daya tahan tubuh
ü Melembutkan najis dan memudahkan pembuangan air besar
ü membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar
ü Sifatnya yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan
P/S: Aloe vera gel selamat diminum oleh kanak-kanak,ibu mengandung,wanita dalam period ataupun warga emas yang menghidap pelbagai penyakit
Tunggu apa lagi??
Bertindaklah sekarang!!
Bertindaklah sekarang!!
No comments:
Post a Comment