Apabila berbincang mengenai kanser payudara, sudah tentu
setiap wanita berasa gerun dan risau, kerana sebagai seorang wanita,
kemungkinan untuk mendapat kanser payudara itu adalah satu kenyataan yang perlu
dihadapi. Setiap wanita secara semulajadi sudah mempunyai salah satu faktor
risiko untuk mendapat kanser payudara. Maka, adalah amat penting bagi setiap
wanita mengetepikan perasaan gerun, malu atau risau tersebut dan mempunyai
kesedaran terhadap kanser payudara.
Hampir
3, 500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun!!!
Apa
Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal
payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain
yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan
nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.
Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia
bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang
tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di
tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama
kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang
wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan
kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Siapakah yang berisiko mendapat
kanser payudara?
Wanita mempunyai risiko yang tinggi
berbanding lelaki dan terdapat juga faktor-faktor risiko tinggi yang lain
seperti peningkatan umur, sejarah keluarga (emak, adik-beradik perempuan, anak
perempuan yang menghidap kanser payudara), pernah menghidap kanser payudara
sebelum ini atau menghidap ketumbuhan pada payudara yang benigna proliferatif (benign
proliferative). Faktor-faktor risiko sederhana termasuklah sejarah haid (datang
haid awal & putus haid lewat), sejarah kelahiran (tiada anak atau
melahirkan anak pertama pada usia yang lanjut), mengambil estrogen tambahan,
menghidap kanser ovari atau rahim dan meminum arak.
Cara
Mencegah Kanser Payudara ??
Yang paling penting adalah
kesedaran. Mencegah lebih baik dari merawat.
No comments:
Post a Comment