Siapakah FOREVER ??
FOREVER, syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia,
telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang
anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan
ini kepada anda.
Rex Maughan Pengasas Forever Living |
Sebuah syarikat antarabangsa dengan jualan tahunan dalam
julat bilion dolar Amerika, FOREVER LIVING PRODUCTS (FOREVER) ialah penanam,
pengilang dan pengedar Aloe Vera yang terbesar di dunia. Sejak memperkenalkan
produk Aloe Vera (Lidah Buaya) keluarannya di AS pada 1978, Aloe Vera FOREVER
telah mencapai berjuta-juta pengguna di lebih daripada 155 buah negara.
Disamping menawarkan serangkaian produk kesihatan,
pemakanan, kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, FOREVER juga
menawarkan satu peluang perniagaan yang amat unik kepada orang ramai untuk
mencapai kebebasan kewangan melalui program pemasaran berpasukannya yang telah
menarik penyertaan lebih daripada 8.5 juta orang rakan perniagaan di serata
dunia.
Margin FOREVER |
Produk Aloe Vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada
tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman Gel Aloe Vera yang distabilkan
100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi
ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di
seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama Aloe Vera yang lain dalam
pasaran, FOREVER amat berbangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak
tercabar dan tiada persaingan bagi Aloe Vera.
Apakah ciri-ciri
istimewa produk Forever Living??
- 100% Aloe Barbadensis Miller, spesis aloe terkuat yang diketahui.
- 100% perladangan secara organik - tiada baja kimia, racun herba atau racun perosak digunakan.
- 100% aloe vera ditanam sendiri - tidak bergantung kepada bekalan oleh pihak ketiga untuk memastikan bahawa
- aloe vera kami tumbuh dalam keadaan yang sempurna untuk menghasilkan aloe bermutu tinggi.
- Dituai dengan tangan, hamya daun-daun matang ( berusia 3 - 5 tahun ) dipilih.
- 100% distabilkan menggunakan proses berpaten yang telah terbukti untuk mengekalkan keberkesanan unsur pemakanan dalam aloe vera.
- Diperbuat di bawah peraturan kebersihan dan kesterilan yang paling ketat untuk menghapuskan pencemaran.
- Hanya menggunakan gel tulen dalam daun. Sepah daun dibuang.
- Aloe vera distabilkan sentiasa merupakan ramuan utama dalam produk FLP dan bukan hanya dicampurkan beberapa titik sahaja.
- Minuman aloe FLP TIDAK ditapis atau dihomogenkan untuk memberikan faedah maksimum.
- Aloe FLP tidak direbus - merebus memusnahkan ramuan aktif.
- Proses penstabilan FLP menggunakan kaedah penyejukan nutuk memastikan aktiviti enzim lengkap dan supaya kemujarapan penuh dapat dikekalkan untuk tempoh yang panjang.
- FLP menawarkan jaminan pulangan wang selama 30 hari ke atas produknya. Ini adalah tanda keyakinan FLP ke atas kualiti keluarannya.
- Ujian keatas aloe vera FLP yang distabilkan telah menunjukkan bahawa ianya adalah sama seperti gel mentah secara mikrobiologi.
Sijil Halal
dan Pengiktirafan
Lambang pengiktirafan majlis International Aloe Science
Council (IASC) ialah tanda kualiti bagi produk Aloe Vera kerana ia adalah badan
bebas tunggal yang diiktiraf untuk mengesahkan ketulenan Aloe Vera.
Bukan
sahaja semua produk Aloe Vera FOREVER membawa lambang tersebut, malah FOREVER
mempunyai bilangan produk yang terbanyak sekali yang diiktirafkan oleh majlis
tersebut, dan produk-produk
FOREVER jugalah yang pertama sekali memperolehi
pengiktirafan majlis tersebut pada tahun 1986. Fakta ini dengan sendirinya
sudah cukup jelas menunjukkan ketulenan dan kualiti produk-produk FOREVER serta
memperkukuhkan lagi kedudukan FOREVER sebagai pemimpin dunia bagi Aloe Vera
Semua produk FOREVER telah mendapat sijil halal IFANCA
(Halal Antarabangsa) dan juga di Malaysia. Malah produk FOREVER juga diiktiraf
oleh JKMM.